Thursday, December 1, 2011

Sebab Kenapa Nama Saya Man Terajang

Salam.
Ramai rakan-rakan facebook saya tanya kepada saya kenapa letak nama 'Man Terajang'. Adakah kerana saja-saja? Soalan begini selalui keluar dari mulut rakanku. Saya sudah tak larat nak ulang jawab tentang soalan begitu. Selepas berfikir macam mana nak selesaikan masalah ini, saya bernekad ingin memberitahu di blog ini kenapa saya letak nama 'Man Terajang'.

Okay mulanya begini nama penuh saya Sulaiman Wahab. Nampakkan? sulaiMAN, jadi, disitulah munculnya nama Man. Kawan-kawan saya disekolah dan keluarga saya pun panggil saya Man ja. hehe.

Terajang? Macam mana Terajang boleh terhasil? Sebab terajang itu bermaksud tendang. Saya sukan terajang bola sepak atau kata lain suka bermain bola sepak. Kalau dalam sehari tu tak tendang bola, memang tak boleh hidup lah saya. hehe. Jadi, saya ambil nama Man dan bergabung dengan Terajang jadilah nama Man Terajang. Nama facebook saya ialah Man Penerajang. Saja saya nak tambah jadi penerajang sikit. hehe


Saya ada membaca blog otai iaitu blog abang Ben . Dia kata kenalah letakkan nama yang unik. Jadi pada pendapat saya nama Man Terajang ini adalah unik kerana ia mengabungkan unsur personaliti dan unsur keganasan. Saya ni suka keganasan ala-ala Kl Gangter.

Sebelum saya menggunakan nama ini , nama facebook saya adalah sulaiman wahab. Tapi stelah membaca blog abang Ben saya jadi bersemangat untuk blogging. Bagi saya, blog abang ben adalah yang terbaik berbanding blog sampah - sampah yang letak entri lucah dan promot di fanpage Facebook. Saya amat membenci perkara itu kerana Islam pun tidak mengajar menyebarkan benda yang tak elok. Saya bukanlah sesiapa untuk menegur tetapi dalam Islam sesiapa pun boleh menengur antara lain . Jika anda boleh cari Islam suruh menunggu anda menjadi alim dulu baru boleh tegur, sila cari .


Jadi, itulah jalan cerita macam mana wujudnya nama 'Man Terajang'. Harap kawan-kawan dapat faham yaa. Kawan-kawan boleh panggil saya Man sahaja. Oklah, disini saja saya menaip, Waalaikumussalam. 

Wednesday, November 30, 2011

Buat Entri Lucah Lepastu Promote Dekat Fan Page




Salam. Macam yang kita tahu sekarang, ramai bloggers menggunakan perkhidmatan fan page facebook untuk mempromosikan blog mereka. Terbukti, cara itu memang berkesan.

Tetapi, ada sesetengah bloggers ni buat entri lucah a.k.a 18sx dan lepastu promosikan dekat fan page facebook untuk dapatkan trafik yang banyak. Adakah dia terlalu gilakan trafik sampai sanggup buat entri lucah? Adakah dia tidak berfikir tentang halal haram? Dengan kelakuan orang begini, ia boleh menjatuhkan nama komuniti blogger Malaysia. Bayangkan orang bukan bloggers masuk blog dia dan baca entri lucah tu, pasti orang tu akan ingat blogger-blogger ni suka buat entri lucah, tak gitu?

Hmm, memang sampah kan kalau macam ni? huhu. Dah la orang Melayu Islam yang buat macam ni. Ohh, man sebagai orang Melayu Islam ni sangat malu dengan perbuatan macam tu. Huhu.

Man berharap orang tu sedarlah apa yang dia buat. Huhu. Man buat entri ini bukan nak hentam orang ke apa, cuma nak luahkan jaa. Tu jaa. Buat lah entri yang berfaedah dan bermanfaat. Okay lahh, tak nak tulis panjang-panjang, Waalaikumussalam.

Tuesday, November 29, 2011

Salam Perkenalan Dari Saya

Man Penerajang

Assalamualaikum. Nama saya man. saya baru buat blog jaa. huhu.

Sebab saya buat blog ni ialah saya suka baca blog kawan-kawan. so, saya ingin ada blog sendiri juga. huhu. Harap korang sudi baca blog saya yaa. hehe..

Ini post pertama saya di blog ni. Saya tak pandai nak tulis apa.. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca sampai habis, lain la blog abang ben ashaari, betul tak? hehe..

Terima kasih jugak kepada rakan di group rakan 2dayblogger.com kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya untuk wujudkan blog ni. Korang join lah group tuu, boleh tanya macam-macam dan rakan-rakan disitu Insyallah akan jawab pertanyaan anda. hehe.

Okaylah, sampai disini saja yaa saya menaip. saya harap anda suka dengan blog biasa saya ni.. Huhuhu.. Terima kasih semua :) Salam perkenalan ..